Pages

Monday, April 02, 2012

Mentor Saya.... :)

"In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate".

Picture taken when she flew to Vietnam last month. All sponsored by the company.

Ini adelah Mentor saya. Saya sgt terhutang budi kepada beliau kerana dengan izinNya saya telah bertemu dengan beliau yang telah membuka minda saya untuk terus berubah ke arah yang lebih baik. Dan kini saya berani berkata yang saya telah berubah 360deg terhadap perniagaan. Ini kerana sebelum saya bertemu dengan Mentor saya, saya tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan dengan alasan karakter saya yang agak 'observant' dan sangat pendiam. Mana mungkin seorang ahli perniagaan mempunyai sifat2 seperti saya. Namun dengan kuasa Allah, hasil dari didikan dan semangat yang Mentor saya tunjukkan selama sebulan, kini saya sedang mengorak langkah untuk seiring dengan beliau. InsyaAllah, target peribadi saya pada tahun 2013, saya akan menjadi individu yang jauh lebih baik dari sekarang, InsyaAllah.

Jika anda juga seperti saya, saya yakin anda juga akan mengalami perubahan yang drastik sekiranya anda sudi meluangkan masa membuat refleksi diri tentang keinginan anda untuk terus berubah. Saya yakin tiada siapa yang mampu mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri. Orang lain hanya mampu memberi semangat dan motivasi. Selebihnya adalah dari diri kita sendiri. Dan seperti nasihat Mentor saya, jangan sekali-kali bersifat negatif dan prejudis dan sentiasa menghormati orang lain, tidak kira apa jua status.

Mungkin saya masih jauh untuk mengecap kejayaan seperti Mentor saya, namun ia adalah tidak mustahil kerana saya percaya semua manusia yang berjaya memulakan perjalanan mereka dari sifar. Dan angka sifar saya ini akan menjadi angka yang sangat besar yang tidak pernah saya jangkakan.....



 

Contact me at +6019-600-2726 ( Mas )
 for free consultation

No comments:

Post a Comment